C Tech E Book Enterprise telah ditubuhkan pada Mac 2003. Bergiat aktif dalam menganjurkan kursus serta latihan kepada guru serta pelajar di Sekolah Kerajaan dan Swasta.Seawal 2005 kami telah menganjurkan kursus pendedahan terhadap penggunaan perisian Adobe dan Macromedia di beberapa sekolah menengah di sekitar negeri Selangor. Kursus ini telah diikuti oleh para pelajar seawal tingkatan 1 hingga 5.
Kursus-kursus Interaktif yang dijalankan ini menggunakan kaedah pembelajaran dari amali dimana CD Tutorial Interaktif telah dibekalkan kepada setiap peserta kursus disamping mendapat bimbingan daripada tenaga pengajar di dalam kelas. Kursus ini juga bukan sahaja telah menarik para pelajar, malahan turut diikuti oleh guru-guru yang berminat untuk mendekatkan diri dalam dunia grafik komputer. Diantara kursus yang menarik minat para pelajar adalah kursus Macromedia Flash dan Adobe Photoshop.

Mengenai Kami