
Menurut pengalaman kami walaupun setelah memberi kursus dan latihan kepada individu yang terpilih, sesetengah web portal menjadi statik dengan tiadanya penambahan kandungan dan berita dari masa kesemasa. Kesibukan dan kecekapan individu yg mengendalikan laman web kebiasaanya menjadi penyebab utama masalah ini kerana kebanyakan dari mereka yang terpilih untuk mengendalikan kandungan web portal terdiri dari kalangan warga sekolah yang pastinya sedia ada sibuk mengendalikan pelbagai tugasan dan tanggungjawab harian yang lain.
Tiada lagi laman web yang statik!
Dengan adanya Servis Kemaskini Kandungan yang lengkap ini pastinya ianya dapat mengurangkan bebanan individu yg terbabit dalam proses kemaskini kandungan laman yang kebiasaanya memerlukan kecekapan dan kemahiran teknikal. Biar Juruteknik Web kami yang berpengalaman melakukannya untuk anda. Ini akan menjamin kakitangan sekolah dapat memberikan lebih tumpuan terhadap pelbagai tugas & tanggungjawab yang sedia ada. Ini merupakan servis selepas jualan yang kami sediakan bagi menjamin web portal anda sentiasa di kemaskini dengan infomasi dan berita-berita terkini. Kami tidak sekali kali akan membiarkan web portal pelanggan kami terbiar dan berkeadaan statik.







Servis Kemaskini Kandungan