Di Pibg.my kami faham akan kehendak dan masalah anda. Kami menitik beratkan suasana sebenar permintaan terhadap Web Portal yang Profesional dan mengambil kira masalah yang dihadapi oleh pelanggan setelah memilikinya.
1. Web Portal yang mampu dimiliki sesuai dengan keadaan dan komponen yang diperlukan.
Pibg.my menyediakan pakej-pakej Web Portal yang telah dibina dengan teliti supaya ianya menjadi satu pakej yang lengkap dan merangkumi keseluruhan proses berkaitan pemilikan web portal bermula daripada proses pembinaan laman sehinggalah ke proses penyelenggaraan setelah laman web siap. Kami juga memberi fokus kepada masalah yang menjadi penghalang daripada memiliki sebuah Web Portal.
2. Rekabentuk Laman web yang mampu memberikan impak kepada
pengguna.
Kami menyediakan lebih dari 10 rekabentuk laman web yang menarik & profesional untuk anda pilih. Bilangan ini akan meningkat dari masa ke semasa. Kami juga telah menyediakan demonstrasi rekabentuk laman web bagi memudahkan anda membuat pilihan.
3. Laman web boleh digunakan dengan kadar segera. 
Di Pibg.my kami akan membina Web Portal yang anda idamkan sebaik sahaja anda menghantar kandungan laman web anda kepada kami. Anda akan memiliki Laman Web yang lengkap dan siap untuk beroperasi dalam masa dua minggu setelah kandungan yang lengkap dihantar kepada kami. Pihak kami akan menguruskan selebihnya.
4. Kos selenggara laman web yang rendah.
Setiap Pakej yang kami sediakan datang bersama servis kemaskini kandungan & servis imej 'editing' percuma! Ya! ianya percuma di Pibg.my. Anda tidak perlu lagi menghabiskan masa membina laman web anda sendiri 'DIY' dan belajar daripada tutorial atau merujuk kepada pelbagai manual dan buku. Biarlah kami yang arif melakukannya untuk anda. Ini pasti akan memberikan anda lebih masa dan fokus kepada urusan kerja dan tanggungjawab anda yang lain. Selain daripada itu kami juga memberikan servis untuk membuat 'backup' terhadap kandungan web anda secara percuma. Ini adalah untuk mengelakkan anda dari kehilangan maklumat sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini.








Tawaran Kami